• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

15 September 2026 | 06:40 PM

Sarawak Mahu Terajui Industri Semikonduktor 'Front-End'

KUCHING - Sarawak berhasrat untuk menerajui transformasi industri semikonduktor negara, dengan beralih daripada sektor pemprosesan akhir kepada pembangunan peringkat awal.

Hasrat itu sekali gus menyasarkan pengeluaran cip tempatan pertama, bagi kegunaan teknologi aeroangkasa.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sebahagian besar industri semikonduktor negara masih lagi berpusat pada peringkat akhir yang melibatkan pemasangan dan pembungkusan.

Justeru, Sarawak kini menumpukan perhatian untuk menguasai peringkat awal, yang merangkumi reka bentuk, pemilikan teknologi, dan fabrikasi cip sendiri oleh bakat tempatan.

Impiannya adalah untuk memiliki reka bentuk cip sendiri yang dicipta oleh Anak Sarawak untuk kegunaan dunia.

Mengulas lanjut, beliau optimis cip yang bakal difabrikasi di Sarawak berupaya menampung keperluan teknologi tinggi, termasuk satelit di orbit rendah bumi.

Katanya, cip berasaskan teknologi pembiasan cahaya tersebut dirancang untuk bertindak sebagai sumber tenaga bagi kapal angkasa lepas.

Bagi merealisasikan wawasan berkenaan, beliau menekankan keperluan mendesak terhadap pembangunan modal insan, dengan sasaran sekurang-kurangnya 500 jurutera tempatan berkemahiran tinggi untuk menyertai projek berkenaan.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Perasmian Ekosistem Pembangunan Bakat Unggul Semikonduktor Sarawak, di Kuching, hari ini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok