• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

30 August 2026 | 01:16 AM

BARBARIK+ Janji Persembahan Maksimum, Sedia Gegar Kuching Sempena RITC 2026 Esok

KUCHING - Kumpulan muzik rock dan 'heavy metal' legenda tanah air, BARBARIK+, menzahirkan keterujaan setiap kali berpeluang mengadakan persembahan di Sarawak.

Gitaris kumpulan itu, Joe Branco berkata, peminat di negeri ini sentiasa memberikan sokongan tegar yang sangat luar biasa.

Menurut beliau, biarpun sudah lama bertapak dalam industri, BARBARIK+ masih mampu bertahan dan kekal bertenaga di atas pentas.

Katanya, kunci utama kekuatan kumpulan itu terletak pada semangat persaudaraan yang kukuh sepanjang 40 tahun berkecimpung dalam arena muzik.

Ikatan serta harapan yang disalurkan menerusi karya muzik membolehkan mereka kekal berada pada tahap terbaik.

Justeru, bersempena Konsert Rock in The City (RITC) 2026, BARBARIK+ berhasrat untuk memberikan persembahan yang maksimum.

Mereka menyifatkan konsert tersebut sebagai platform untuk menghimpunkan kembali penyokong tegar, di samping menarik minat generasi baharu terhadap genre muzik rock.

Beliau berkata demikian dalam sidang media hari pertama RITC 2026 di Kuching, hari ini.

Mengulas mengenai persembahan esok (30 Ogos), BARBARIK+ sedia menggegar Kuching menerusi kejutan gandingan unik dua pemain dram dan dua pemain bes secara serentak.

Susunan muzik berganda itu dibawakan khusus bagi memberikan impak suasana 'headbanging' maksimum, sepanjang persembahan berdurasi satu jam 30 minit yang merangkumi 12 buah lagu.

Pada masa sama, kumpulan itu turut mengesahkan lagu hit popular mereka, 'Keris Tak Bersarung', sebagai antara trek wajib yang bakal dipersembahkan.

Menerusi penglibatannya dalam RITC 2026, BARBARIK+ berhasrat menjadikan Sarawak sebagai lokasi persinggahan tahunan mereka, bagi mengangkat muzik rock sebagai jenama festival yang berprestij di persada Borneo.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok