• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

30 August 2026 | 12:32 AM

Jerebu Bukan Penghalang - RITC 2026 Hari Pertama Meriah, Tiket Hari Kedua Masih Dibuka

KUCHING - Sambutan konsert Rock in The City (RITC) 2026 tetap meriah, di tengah-tengah keadaan jerebu yang semakin meningkat di negeri ini.

Perkembangan itu dibuktikan menerusi peningkatan jualan tiket dalam kalangan peminat, yang mencatatkan sekitar 500 tiket terjual masing-masing untuk hari pertama dan kedua acara berlangsung.

Penyelaras Acara Authentic, Ideas and Event Management, Nur Linda Bara Abdullah berkata, lonjakan tersebut membuktikan keyakinan peminat muzik yang awalnya agak ragu-ragu,  berikutan penangguhan beberapa acara lain di Sarawak sebelum ini.

Menurut beliau, kesediaan penganjur untuk melaksanakan konsert itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan, malah jualan tiket fizikal masih diteruskan untuk kedua-dua hari acara di lokasi konsert.

Sehubungan itu, peluang masih terbuka buat para peminat muzik untuk mendapatkan tiket bagi menyaksikan malam terakhir konsert RITC 2026, esok.

Beliau berkata demikian dalam sidang media hari pertama RITC 2026 di Kuching, hari ini.

Bagi persembahan hari kedua esok, konsert RITC 2026 bakal tampil dengan 3 lagi kumpulan rock iaitu Senseless, Fearless dan BARBARIK+.

Sementara itu, RITC 2026 tampil dengan konsep berbeza, apabila penganjur membawanya ke pusat bandar berbanding berteraskan suasana hutan pada dua edisi sebelumnya.

Jelas beliau, perubahan tersebut tidak bermakna identiti asal ditukar sepenuhnya, sebaliknya merancang untuk melaksanakan penganjuran secara selang-seli pada masa akan datang.

Malah, pihaknya juga merancang untuk membawa acara itu ke luar Kuching, selepas menerima jemputan khas untuk meneroka potensi penganjuran di Miri, baru-baru ini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok