• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

29 August 2026 | 03:59 PM

Promosi Tahun Melawat Brunei 2027 - Cita Rasa Kulinari dan Pelancongan, Temui Sabah September Ini

BANDAR SERI BEGAWAN – Negara Brunei Darussalam bakal membawakan cita rasa kulinari dan pengalaman pelancongan sempena Ekspo Antarabangsa Sabah ke-11, September ini.

Acara tersebut dijadualkan berlangsung dari 4 hingga 6 September, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu.

Jabatan Kemajuan Pelancongan, Kementerian Ekonomi, Brunei Darussalam dalam kenyataannya memaklumkan, Pavilion Brunei Darussalam akan tampil dengan acara promosi 'Brunei Coffee Trail' serta Jerayawara Tahun Melawat Brunei 2027.

Acara tersebut bakal menghimpunkan pengusaha kafe kopi dan matcha dari Brunei, penyedia perkhidmatan pelancongan, serta pengusaha tarikan pelawat di bawah satu bumbung.

Menurut kenyataan itu, berikutan sambutan yang menggalakkan tahun lalu, edisi tahun ini kembali dengan lebih banyak pengisian menarik untuk diterokai.

Antaranya, para pengunjung berpeluang menyertai sesi perkongsian khas berkaitan sajian istimewa yang dibawakan oleh para pengusaha kafe.

Di samping itu, mereka turut didedahkan dengan pengenalan tempat-tempat tarikan pelancongan menarik oleh penyedia perkhidmatan pelancongan Brunei.

Penyertaan tersebut mencerminkan usaha berterusan pihak Jabatan, dalam mengukuhkan kehadiran pelancongan negara itu di pasaran serantau.

Sehubungan itu, penganjurannya diharap dapat memberikan gambaran awal kepada para pengunjung, menjelang Tahun Melawat Brunei 2027.

Ia sekali gus menjadi satu jemputan mesra kepada orang ramai untuk meneroka Brunei dan merasai keunikan daya tarikan yang ditawarkan.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, orang ramai dijemput untuk mengikuti akaun Instagram rasmi Brunei Tourism di @brunei.tourism.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok