• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

29 August 2026 | 02:06 PM

Pengambilalihan Pelabuhan Bintulu Bermula 1 September Bukti Kerjasama Erat Sarawak Dan Persekutuan

BINTULU - Pengambilalihan pengurusan Pelabuhan Bintulu oleh Kerajaan Sarawak mulai 1 September 2026 membuktikan kerjasama dan persefahaman antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak mampu menyelesaikan isu kompleks secara bersama.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, proses rundingan berkenaan mengambil masa kira-kira tiga tahun sebelum penyelesaian terbaik dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Ketetapan tersebut dibuat susulan pemakluman bahawa Menteri Pengangkutan telah mewartakan penamatan Bintulu Port Act yang berkuat kuasa pada 31 Ogos 2026.

"Mulai 1 September 2026, Kerajaan Sarawak akan mengurus Pelabuhan Bintulu secara rasmi selepas 47 tahun di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan," kata Datuk Amar Douglas Uggah ketika ditemui media selepas Majlis Perpisahan Lembaga Pelabuhan Bintulu daripada Kerajaan Persekutuan.

Tiga Perkara Utama Dipersetujui

Beliau yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak menjelaskan bahawa pengambilalihan berkenaan merangkumi tiga syarat utama yang telah disepakati:

  1. Pengambilan dan penyerapan semua kakitangan Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB).

  2. Pengembalian sebahagian aset LPB kepada Kerajaan Sarawak.

  3. Urusan pembayaran berkaitan aset berkenaan.

Tambah beliau, kejayaan rundingan ini membuktikan bahawa isu yang rumit dapat ditangani menerusi usaha, persefahaman, serta semangat Malaysia.

Kerajaan Sarawak turut memberi komitmen penuh untuk terus memperkasakan infrastruktur dan perkhidmatan Pelabuhan Bintulu agar bukan sahaja berdaya saing di Malaysia, malah menempa nama di peringkat global. Pembangunan pelabuhan ini diyakini membawa manfaat besar kepada pertumbuhan ekonomi negara secara keseluruhan.

Sumber: Laman Facebook Rasmi Unit Komunikasi Awam Sarawak - UKAS

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok