• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

29 August 2026 | 01:37 PM

Sambutan Hari Kebangsaan 2026 Di Dataran Putrajaya Diteruskan Menerusi Pemantauan Jerebu

PUTRAJAYA: Acara Sambutan Hari Kebangsaan 2026 yang dijadualkan berlangsung di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos ini akan diteruskan seperti biasa setakat ini, meskipun berdepan isu jerebu.

Menteri Komunikasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, ketetapan berkenaan dicapai hasil mesyuarat khas bersama agensi berkaitan.

"Kita telah membuat keputusan bahawa sekiranya keadaan (jerebu) seperti yang sedia ada pada pagi ini dan semalam, kita akan teruskan dengan acara pada hari Isnin," kata Fahmi selepas menyaksikan raptai penuh sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya hari ini, 29 Ogos 2026

Penilaian Pembenihan Awan Dipantau NADMA & MetMalaysia

Mengulas tindakan menangani masalah jerebu, Fahmi menjelaskan penilaian semasa sentiasa dijalankan. Ini termasuk potensi pelaksanaan pembenihan awan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bergantung kepada penilaian Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan kewujudan awan yang sesuai.

MRT 24 Jam Serta Jangkaan 80,000 Pengunjung

Pihak penganjur menjangkakan seramai lebih 80,000 pengunjung bakal hadir menjayakan perarakan tersebut berikutan kemudahan logistik yang serba lengkap serta musim cuti persekolahan.

Bagi melancarkan pergerakan trafik, Prasarana Malaysia Bhd menyediakan perkhidmatan pengangkutan MRT selama 24 jam, disokong oleh bas perantara dari stesen MRT ke tapak acara serta kemudahan water taxi.

Sambutan kali ke-69 yang membawa tema “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati” bakal menyaksikan pelbagai persembahan dan perarakan menarik bagi menyemarakkan semangat patriotik rakyat Malaysia.

Sumber: BERNAMA 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok