• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

28 August 2026 | 06:06 PM

‘Seronok Bela, Bila Terbeban Buang’ – Sikap ‘Lepas Tangan’ Segelintir Pemilik Cetus Risiko Rabies

KUCHING – Sikap ‘lepas tangan’ sesetengah pemilik yang sanggup membuang haiwan peliharaan apabila mula berasa terbeban, dilihat sebagai antara punca ancaman wabak rabies di bandar raya ini, masih gagal dibendung sepenuhnya.

Datuk Bandar Kuching Selatan (MBKS), Datuk Wee Hong Seng berkata, kewujudan haiwan jalanan yang berkeliaran di persekitaran, tidak berlaku secara tiba-tiba.

Sebaliknya ia berpunca daripada tindakan tidak bertanggungjawab sesetengah pemilik yang mengabaikan haiwan peliharaan selepas tidak lagi mahu menjaganya.

Menurut beliau, perbuatan membiarkan haiwan tanpa vaksinasi atau membuangnya ke jalanan bukan sahaja meningkatkan risiko kepada masyarakat, malah mewujudkan dilema moral kepada pihak berkuasa tempatan dalam melaksanakan tindakan penguatkuasaan.

Katanya, ramai individu teruja untuk memelihara haiwan pada peringkat awal, namun mula mengambil keputusan untuk membuangnya selepas beberapa tahun apabila berasa terbeban untuk terus menjaganya.

Perbuatan itu menyebabkan haiwan berkenaan berkeliaran di jalanan dan akhirnya menjadi haiwan liar yang berisiko membawa pelbagai ancaman, termasuk rabies.

Tambah beliau, pihak majlis tidak mahu menjadikan tindakan membunuh haiwan sebagai pendekatan utama dalam menangani isu berkenaan.

Namun begitu, apabila berdepan keadaan yang memerlukan pilihan antara menyelamatkan nyawa manusia dengan haiwan peliharaan yang berisiko menyebarkan rabies, keselamatan dan nyawa manusia tetap menjadi keutamaan tertinggi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian PawSafe Pets Fair 2026 di Kuching, hari ini.

Mengulas lanjut, Dato Wee turut mengingatkan pemilik haiwan supaya tidak mengambil mudah aspek vaksinasi.

Ujarnya, kegagalan memastikan haiwan peliharaan menerima suntikan boleh mengancam ahli keluarga sendiri sebelum menjejaskan keselamatan orang lain.

Kerajaan telah menyediakan kemudahan suntikan vaksin secara percuma bagi membantu pemilik memastikan haiwan peliharaan mereka dilindungi daripada rabies.

Bagaimanapun, kadar penyertaan yang masih tidak konsisten menunjukkan terdapat pemilik yang masih mengambil mudah aspek keselamatan berkenaan.

Beliau memberi amaran bahawa sekiranya haiwan peliharaan yang dibiarkan berkeliaran di luar rumah dijangkiti rabies dan kemudian pulang ke rumah, ahli keluarga sendiri berisiko menjadi mangsa pertama yang terancam sebelum penyakit itu berpotensi menular kepada orang lain.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok