• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

28 August 2026 | 04:10 PM

MOT Lulus RM30 Juta, Naik Taraf Dua STOLport di Sarawak

KUCHING - Kementerian Pengangkutan (MOT) meluluskan peruntukan RM30 juta, bagi menaik taraf dua Lapangan Terbang Pelepasan dan Pendaratan Pendek (STOLport) di Sarawak.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, peruntukan berkenaan melibatkan STOLport Long Bangah dan Ba' Kelalan yang masing-masing menerima RM15 juta.

Jelas beliau, projek naik taraf tersebut merangkumi pembesaran terminal serta pemanjangan landasan mengikut kesesuaian bentuk muka bumi setempat.

Selain dua lokasi berkenaan, Lapangan Terbang Tanjung Manis milik kerajaan negeri juga turut diberi perhatian untuk perancangan penambahbaikan.

Katanya, kerja-kerja awalan projek disasarkan bermula tahun ini susulan kelulusan peruntukan tersebut.

Bagaimanapun, pelaksanaan fizikal masih tertakluk kepada penyelesaian reka bentuk dan isu teknikal yang belum dimuktamadkan.

Beliau berkata demikian kepada media, selepas menyempurnakan Program Pembaharuan Teksi MADANI Nasional Peringkat Sarawak di Kuching, hari ini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok