• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

27 August 2026 | 03:20 PM

Penurunan Rekod Kebangsaan Di SUKMA Selangor 2026 Bukan Isu Membimbangkan - KBS

KUALA LUMPUR - Penurunan jumlah rekod kebangsaan yang dicatatkan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 berbanding edisi Sarawak dua tahun lalu bukanlah satu perkara yang membimbangkan.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Mordi Bimol menjelaskan bahawa walaupun pencapaian rekod adalah satu pengukur penting, fokus dan objektif utama penubuhan SUKMA adalah untuk mendedahkan serta mencungkil bakat-bakat baharu.

Menurut beliau, platform berkenaan memberikan ruang terbaik buat atlet muda menunjukkan kemampuan sebelum dipanggil mewakili negara di peringkat antarabangsa.

"Walaupun rekod itu penting, yang paling mustahak adalah ruang dan peluang untuk atlet-atlet baharu menunjukkan bakat. Itu paling penting," kata Mordi Bimol ketika ditemui media.

Dua Rekod Kebangsaan Dileburkan Di Selangor

SUKMA 2026 yang melabuhkan tirainya pada Isnin, 24 Ogos lalu  menyaksikan dua rekod kebangsaan berjaya dileburkan berbanding tujuh rekod pada edisi SUKMA 2024 di Sarawak.

Acara renang menyaksikan atlet Selangor, Eliza Tan Ai Shen mencatat masa 56.78 saat bagi acara 100 meter gaya bebas wanita sekali gus memadam rekod kebangsaan terdahulu milik Nadia Lim (57.11s).

Satu lagi rekod kebangsaan disumbangkan oleh kuartet berbasikal trek wanita Terengganu menerusi acara kejar-mengejar berpasukan dengan catatan masa 4 minit 42.878 saat di Velodrom Nasional.

Sumber: BERNAMA 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok