KUCHING - Seorang wanita warga emas berusia 63 tahun yang dilaporkan hilang sejak semalam ditemui meninggal dunia di dalam sebuah longkang di kawasan Petra Jaya, pagi tadi, 27 Ogos 2026.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan, pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.34 pagi.
Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba dua minit kemudian bagi menjalankan operasi penyelamatan.
"Mangsa ditemukan oleh orang awam di dalam longkang sedalam kira-kira 10 kaki. Menurut maklumat pihak polis, mangsa dikhuatiri hilang pada 26 Ogos dan kehilangannya mula disedari oleh anak mangsa pada malam semalam," jelas kenyataan JBPM Sarawak.
Mayat Diserahkan Kepada Pihak Polis
Anggota bomba yang berada di lokasi kejadian bertindak membantu mengangkat mayat mangsa keluar dari dasar longkang berkenaan.
Mayat wanita tersebut kemudiannya diserahkan secara rasmi kepada pihak polis untuk tindakan lanjut serta proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
Sumber: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPN) Sarawak
Back