• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

27 August 2026 | 10:23 AM

Kes Sumbang Mahram Di Serian: Bapa Dijatuhi Hukuman Penjara 18 Tahun Dan 23 Sebatan

SERIAN - Seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan 23 sebatan oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap anak kandung perempuannya.

Ketua Polis Daerah Serian, Supt Freddy Bian Anak Stanislaus Bian memaklumkan, tertuduh telah dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan di bawah Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) dibaca bersama Seksyen 16(1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, tertuduh mengaku bersalah terhadap kesemua pertuduhan berkenaan.

"Mahkamah telah menjatuhkan hukuman lapan belas (18) tahun penjara dan dua puluh tiga (23) sebatan terhadap tertuduh bagi empat pertuduhan tersebut. Tertuduh juga dikehendaki menjalani kaunseling rehabilitasi semasa hukuman dan perlu melapor diri ke balai polis berhampiran selama dua tahun selepas selesai menjalani hukuman," kata Supt Freddy Bian menerusi kenyataan media.

PDRM Pandang Serius Kesalahan Seksual Ahli Keluarga

Pihak polis menegaskan bahawa kesalahan seksual melibatkan ahli keluarga merupakan isu serius yang tidak boleh disorokkan dan memerlukan tindakan tegas demi keselamatan serta perlindungan kanak-kanak.

Sehubungan itu, masyarakat menyeru agar tampil menyalurkan maklumat sekiranya berlakunya sebarang kejadian seumpama ini di kawasan persekitaran mereka.

Maklumat boleh disalurkan secara terus menerusi talian IPD Serian di 082-874201 atau menerusi laman Facebook rasmi Polis Daerah Serian.

Sumber: Kenyataan Media KPD Serian (26 Ogos 2026)

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok