MERADONG - Dua lelaki ditahan pihak polis selepas didapati positif ujian saringan dadah dalam pelaksanaan "Ops Tapis Khas Sarawak Bil. 7/2026" di sekitar daerah Bintangor semalam, 25 Ogos 2026.
Ketua Polis Daerah Meradong, DSP Tansli Mering memaklumkan, tangkapan dilakukan oleh sepasukan anggota polis dari IPD Meradong bermula jam lebih kurang 5.30 petang hasil pemantauan di kawasan berkenaan.
Kedua-dua suspek yang masing-masing berumur 43 dan 40 tahun itu disyaki terlibat dengan kegiatan dadah sebelum dibawa balik ke IPD Meradong untuk tindakan lanjut.
"Saringan ujian air kencing yang dijalankan di pejabat BSJND Meradong mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine. Semakan rekod lampau turut mendapati kedua-dua suspek masing-masing mempunyai satu rekod jenayah bersabit kesalahan dadah," katanya dalam kenyataan media rasmi.
Kes Disiasat Di Bawah Akta Dadah Berbahaya
Beliau menambah, kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM5,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 2 tahun.
Pihak IPD Meradong menegaskan bahawa polis memandang serius kesalahan dadah di kalangan masyarakat dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kegiatan dadah di daerah Meradong diminta menyalurkan maklumat kepada Balai Polis Bintangor di talian 084-693222.
Sumber: Laman Facebook Rasmi IPD Meradong
Back