• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

25 August 2026 | 01:47 PM

LRA Stumbin Dan Seduku Terjejas: JBALB Laksana Catuan Bekalan Air Di Daerah Lingga

SRI AMAN - Pengguna di sekitar Daerah Lingga berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan penurunan paras air mentah di muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Stumbin dan LRA Seduku.

Berdasarkan notis rasmi Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak, gangguan berkenaan bermula jam 10.00 pagi hari ini (25 Ogos 2026), dan berlarutan sehingga paras air mentah kembali pulih.

Kawasan yang terjejas merangkumi seluruh kawasan Gran Stumbin, Tg. Bijat, Empelanjau, Bakong Melayu, Seduku Agropolitan, serta kawasan berdekatan.

"Bagi memastikan agihan bekalan air dapat dilaksanakan secara seimbang kepada semua pengguna, pelaksanaan catuan bekalan air akan dijalankan mengikut waktu yang telah ditetapkan sepanjang tempoh gangguan ini," mengikut kenyataan JBALB.

Jadual Pelepasan Dan Penutupan Bekalan Air

Menerusi pelan catuan tersebut, bekalan air akan dibuka selama dua sesi iaitu dari jam 5:00 pagi hingga 9:00 pagi, serta jam 5:00 petang hingga 9:00 malam.

Manakala pemotongan bekalan air akan dibuat bermula jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang, dan jam 9:00 malam hingga 5:00 pagi berikutnya.

JBALB menasihatkan para pengguna supaya menyimpan bekalan air yang secukupnya untuk kegunaan tempoh catuan dan menggunakan air secara berhemah.

Sumber: Laman Facebook Rasmi Jabatan Bekalan Air Luar Bandar - JBALB Sarawak

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok