• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

24 August 2026 | 03:49 PM

GLAM Benteng Maklumat Sahih Dalam Era Al

KUCHING - Institusi Galeri, Perpustakaan, Arkib dan Muzium (GLAM) perlu kekal sebagai sumber rujukan utama masyarakat dalam mendapatkan maklumat sahih dan berautoriti ketika kecerdasan buatan (AI) semakin berkembang.

Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak, Japri Bujang Masli, berkata peranan institusi GLAM semakin penting dalam membantu masyarakat menilai dan memahami maklumat dalam era AI.

Bercakap pada sidang media di Kuching hari ini beliau berkata, institusi berkenaan perlu menjadi “jaringan keselamatan” kepada masyarakat, terutama dalam memastikan maklumat berkaitan sejarah dan warisan kekal tepat serta dipercayai.

Katanya, perkembangan AI yang mampu mengumpul dan memproses data daripada pelbagai sumber turut memberi cabaran kepada usaha memelihara identiti dan warisan budaya setiap negara.

Menurut beliau, pencampuran pelbagai sumber data oleh AI berpotensi mengaburkan sempadan sejarah dan warisan sesebuah masyarakat.

Dalam pada itu, Japri menegaskan kepentingan memastikan kecerdasan manusia kekal mendahului kecerdasan buatan, khususnya dalam membuat pertimbangan berkaitan maklumat, sejarah dan warisan.

Jelasnya, perkara itu antara fokus yang akan dibincangkan menerusi Persidangan Pengetahuan Antarabangsa (IKC) 2026, yang berlangsung dari 23 hingga 26 November ini di Kuching.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok