KUCHING - Sarawak mahu rakyatnya menjadi pencipta dan penilai kritikal terhadap maklumat digital, bukannya sekadar pengguna pasif alat kecerdasan buatan (AI) yang tidak dikawal.
Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata perkembangan pesat AI menuntut masyarakat mempunyai keupayaan untuk menilai kesahihan, ketepatan dan kredibiliti maklumat yang diterima.
Beliau berkata penggunaan teknologi AI perlu disertai dengan amalan pengurusan maklumat yang beretika dan bertanggungjawab bagi memastikan teknologi berkenaan memberi manfaat kepada masyarakat.
Datuk Seri Roland berkata demikian pada sidang media berhubung penganjuran Persidangan Pengetahuan Antarabangsa (IKC) 2026, di Kuching hari ini.
Persidangan anjuran Pustaka Negeri Sarawak itu akan berlangsung dari 23 hingga 26 November di Kuching.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back