• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

24 August 2026 | 11:37 AM

Perubahan Demografi Tuntut Keperluan Sektor Penjagaan Lebih Tersusun

KUCHING – Malaysia sedang melalui perubahan demografi yang pesat, sekali gus menuntut sektor penjagaan yang lebih tersusun dan profesional.

Ia bagi memenuhi keperluan masyarakat yang semakin meningkat.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Dato Sri Nancy Shukri berkata, Malaysia dijangka memasuki fasa sebagai sebuah 'Negara Tua’, ditambah pula dengan kadar kesuburan yang semakin menurun.

Menurut beliau, perubahan demografi berkenaan memberi kesan besar terhadap struktur keluarga, selain meningkatkan keperluan terhadap perkhidmatan penjagaan jangka panjang.

Sehubungan itu, KPWKM menerima peruntukan sebanyak RM8 juta bagi melaksanakan Inisiatif Sektor Penjagaan.

Daripada jumlah itu, RM3 juta diperuntukkan bagi latihan dan peningkatan kemahiran penjaga, manakala RM5 juta lagi bagi pembangunan Piawaian Penjagaan Nasional.

Menerusi inisiatif itu, KPWKM menyasarkan untuk melahirkan 50,000 penjaga berkemahiran menjelang 2030.

Berteraskan Kerangka Strategik dan Pelan Tindakan Penjagaan Malaysia 2026–2030, inisiatif berkenaan diyakini mampu membentuk ekosistem penjagaan yang lebih mampan, berkualiti dan profesional.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Inisiatif Sektor Penjagaan di bawah Belanjawan MADANI 2026 di Kuching, hari ini.

Dato Sri Nancy berkata, pelaksanaan inisiatif itu turut menandakan perubahan paradigma dalam melihat industri penjagaan yang tidak lagi sekadar berkaitan aspek kebajikan.

Sebaliknya, sektor penjagaan perlu dilihat sebagai satu keperluan, pelaburan untuk rakyat serta pemangkin pembangunan modal insan yang dapat menyokong kesejahteraan keluarga dan masyarakat.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #UMOBILE 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok