• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

22 August 2026 | 02:20 PM

GEMA Jadi ‘Game Changer’, Bawa Agenda Pembangunan KKDW Ke Akar Umbi

KOTA SAMARAHAN – Program GEMA menjadi pendekatan baharu Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), dalam memperkukuh pembangunan di kawasan luar bandar.

Penganjurannya membawa dasar, polisi serta program kementerian dan agensi secara terus ke peringkat akar umbi.

Timbalan Menteri KKDW, Datuk Rubiah Wang berkata, pendekatan tersebut menjadi 'game changer' dalam usaha menyantuni masyarakat luar bandar, di samping memperkukuh gerakan pembangunan komuniti.

Menurut beliau, GEMA merupakan platform turun padang KKDW untuk mendekati masyarakat serta menggalakkan komuniti terlibat secara langsung dalam agenda pembangunan yang dilaksanakan kerajaan.

Pendekatan itu dilaksanakan menerusi kerjasama pelbagai agensi di bawah KKDW, termasuk KEMAS, RISDA, FELCRA, MARA dan GIATMARA, selain agensi kerajaan negeri yang berkaitan.

Melalui penyelarasan berkenaan, pelbagai dasar, program dan aktiviti dapat dibawa lebih dekat kepada masyarakat luar bandar, sekali gus memudahkan kumpulan sasar mendapatkan manfaat yang disediakan kerajaan.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas merasmikan Program GEMA Peringkat Negeri Sarawak di Halaman Kota Samarahan, hari ini.

Terdahulu, program berkenaan sudahpun berlangsung bermula semalam hingga esok, menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk para pengunjung.

Antaranya termasuk ruang pameran dan jualan, sesi perkongsian interaktif, cabutan bertuah dan banyak lagi.

Tambah Datuk Rubiah, pelaksanaan GEMA juga akan diperluaskan ke 20 kawasan Parlimen lain yang terpilih di seluruh negeri.

Pelaksanaan seterusnya dijangka diperluaskan ke Lawas dan Batang Lupar.

Kesinambungan pelaksanaan GEMA itu menunjukkan komitmen KKDW untuk memperluas capaian program berkenaan, bagi memastikan manfaat yang disediakan dapat disampaikan secara lebih berkesan kepada masyarakat.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok