• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

19 August 2026 | 10:48 AM

Tiga Sekeluarga Maut Dirempuh Lori JIM Di Lampu Isyarat Maju Junction Jalan Sultan Ismail

KUALA LUMPUR - Tragedi menyayat hati berlaku di ibu negara apabila tiga sekeluarga maut manakala seorang lagi cedera parah selepas dirempuh sebuah lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail awal pagi Rabu. 19 Ogos 2026.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.00 pagi itu, lori Isuzu ‘Black Maria’ tanpa muatan berkenaan dilaporkan dalam perjalanan dari Pejabat Imigresen Kuala Lumpur menuju ke Chow Kit bagi menjalankan operasi pendatang tanpa izin.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, siasatan awal mendapati lori yang dipandu lelaki tempatan berusia 43 tahun itu dipercayai memasuki persimpangan ketika lampu isyarat berwarna merah dengan lampu suar serta siren diaktifkan.

“Pada masa sama, sebuah kereta Proton Saga dipandu lelaki tempatan berusia 50 tahun yang sedang bergerak lurus ketika lampu isyarat hijau dipercayai tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan lori berkenaan,” kata beliau menerusi satu kenyataan.

Hilang Kawalan Rempuh Pejalan Kaki

Akibat perlanggaran tersebut, lori terbabit dilaporkan hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh empat pejalan kaki warga tempatan yang merupakan satu keluarga, selain turut melanggar sebuah kereta jenis Inokom Matrix.

Rempuhan kuat itu menyebabkan tiga pejalan kaki terdiri daripada seorang bapa berusia 53 tahun serta dua anak perempuannya yang masing-masing berumur 25 dan 12 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Seorang lagi mangsa iaitu isteri kepada lelaki berkenaan yang berusia 55 tahun mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala, tangan serta kedua-dua belah kaki dan kini dirawat di Zon Merah Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Dua Pemandu Ditahan Bantu Siasatan

Manakala pemandu lori JIM, pemandu Proton Saga serta pemandu Inokom Matrix dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pemandu lori JIM dan pemandu Proton Saga telah ditahan bagi membantu siasatan manakala ujian pernafasan serta saringan awal air kencing terhadap mereka didapati negatif alkohol dan dadah,” tambah Mohd Zamzuri.

Pihak polis kini sedang mengumpul bukti di lokasi kejadian termasuk mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mengesan saksi bebas bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan insiden ini diminta menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S. Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Sumber: BERNAMA 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok