• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

19 August 2026 | 10:07 AM

Wanita Tempatan Disyaki Keldai Akaun Penipuan Kasut Sukan Instagram Ditangkap Di Meradong

MERADONG - Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) IPD Meradong berjaya menangkap seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat sebagai keldai akaun dalam kes penipuan e-dagang melalui "Op Mule" pada Selasa, 18 Ogos 2026.

Suspek yang berumur lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira jam 1.00 tengah hari selepas siasatan mengaitkannya dengan kes penipuan pembelian kasut sukan di platform media sosial Instagram.

Ketua Polis Daerah Meradong, DSP Tansli Mering dalam satu siaran media memaklumkan bahawa mangsa telah berminat untuk membeli kasut sukan berkenaan sebelum melakukan tiga kali transaksi pembayaran ke akaun bank yang diberikan oleh suspek.

"Jumlah keseluruhan kerugian yang dilaporkan oleh mangsa adalah sebanyak RM1,000.00," kata beliau dalam kenyataan tersebut.

Terlibat Dalam Laporan Polis Di Daerah Lain

Hasil semakan lanjut mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau. Walau bagaimanapun, akaun bank milik suspek turut dikesan terlibat dalam laporan polis yang dibuat di daerah Sarikei dan Kluang.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak melebihi 10 tahun, berserta sebatan dan denda jika disabitkan kesalahan.

Peringatan Elak Jadi Mangsa Scam

Pihak PDRM menasihatkan orang ramai agar sentiasa membuat semakan akaun bank dan nombor telefon terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi kewangan kepada pihak ketiga.

Mana-mana individu yang menjadi mangsa penipuan dalam talian boleh segera menghubungi hotline National Scam Response Center (NSRC) di talian 997 atau menghubungi terus Balai Polis Bintangor di talian 084-693222. 

Sumber: Kenyataan Media KPD Meradong

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok