• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

14 August 2026 | 07:29 PM

Tiga Budaya Tunjang Kejayaan Kuching City FC Ke Pentas Serantau

KUCHING – Tiga budaya utama menjadi pegangan Kuching City FC (KCFC), yang menjadi tunjang kepada perjalanannya melangkah lebih jauh ke pencapaiannya ketika ini.

Presiden Kelab, Dato Fazzrudin Abdul Rahman berkata, perjalanan membangunkan pasukan itu bukanlah sesuatu mudah apabila terpaksa berdepan pelbagai cabaran dan detik sukar.

Bagaimanapun, perkara itu tidak pernah mematahkan semangat pasukan, sebaliknya dijadikan ruang untuk penambahbaikan pada setiap musim.

Menurut beliau, tiga budaya yang sentiasa dipertahankan kelab ialah tiada alasan untuk tidak mencuba, kedudukan semasa bukan penentu pengakhiran, dan kemenangan tidak datang sendiri, sebaliknya perlu diperjuangkan.

Pegangan itulah yang menjadi kekuatan KCFC untuk terus bangkit, bagi memastikan setiap langkah yang diambil membawa tujuan lebih besar daripada sekadar kejayaan di atas padang.

Tambah beliau, perjuangan KCFC turut didorong oleh rasa tanggungjawab terhadap rakyat Sarawak sebagai keluarga besar kelab.

Justeru, KCFC mahu setiap perlawanan menjadi wadah inspirasi dan harapan, selain membuktikan kelab tempatan mampu mencipta kejayaan di pentas yang lebih tinggi.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Menandatangani Kerjasama Strategik antara AFFIN dan KCFC di Kuching, hari ini.

Mengulas mengenai jalinan kerjasama tersebut, beliau menyifatkan kehadiran AFFIN sebagai rakan perbankan rasmi merupakan satu lagi tonggak penting bagi kelab.

Ia terutama ketika kelab itu mula mengorak langkah ke peringkat serantau.

Ujar beliau, kehadiran AFFIN secara tidak langsung berkongsi cita-cita dan tanggungjawab bersama untuk membawa nama Sarawak lebih jauh dalam arena bola sepak.

Kerjasama itu dimeterai pada waktu yang amat penting ketika KCFC bukan lagi sekadar membina reputasi dalam Liga Malaysia, malah mula mengembangkan sayap ke peringkat ASEAN dan Asia.

Aspirasi kelab kini tidak lagi terhad kepada penyertaan semata-mata, sebaliknya berhasrat menjadi antara kuasa utama pembangunan bola sepak di rantau ini.

Langkah strategik ini jelas mencerminkan transformasi hala tuju KCFC daripada sekadar sebuah pasukan bola sepak, kepada entiti penuh inspirasi yang membawa nama Sarawak ke persada antarabangsa.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok