• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

14 August 2026 | 02:12 PM

Jerebu: Sekolah Boleh Ditutup Jika IPU Melebihi 200, Aktiviti Luar Henti Jika IPU > 100!

TAIPING - Pihak sekolah di kawasan yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi paras 200 dibenarkan untuk ditutup atas keputusan pentadbir sekolah mengikut pemantauan serta nasihat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh menjelaskan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempunyai pelbagai Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) berkaitan pengurusan kesan jerebu yang masih berkuat kuasa sehingga kini, termasuk SPI yang dikeluarkan pada tahun 2016, 2019, dan 2023.

Arahan Henti Aktiviti Luar Apabila IPU Melebihi 100

Beliau turut mengingatkan pentadbir sekolah agar mengehadkan pergerakan fizikal murid di luar premis sekiranya kualiti udara mula merosot.

“Jika bacaan IPU melebihi 100, maka pihak sekolah akan menghentikan aktiviti-aktiviti di luar bilik darjah yang melibatkan murid dan disarankan aktiviti keramaian serta sukan di luar bangunan juga ditangguhkan,” kata beliau.

Kenyataan berkenaan dibuat susulan laporan beberapa kawasan di seluruh negara yang mula mencatatkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat sejak semalam.

Utamakan Keselamatan Dan Kesihatan Murid

KPM menegaskan pihaknya sentiasa meneliti serta memantau rapi situasi jerebu terkini menerusi kerjasama JPN dan PPD bagi memastikan kesihatan murid sentiasa terjamin.

Menurut beliau lagi, pihak JPN, PPD, serta pentadbir sekolah tempatan mempunyai pengalaman yang mencukupi untuk membuat keputusan berasaskan keadaan persekitaran masing-masing dari semasa ke semasa.

Sumber: BERNAMA 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok