• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

13 August 2026 | 03:23 PM

Dadah Bernilai RM18,534 Diitemui Dalam Lokap, Tiga Ditahan Termasuk Anggota Polis Di Lumut

IPOH - Pihak polis menahan tiga individu termasuk seorang anggota polis berpangkat konstabel selepas menemukan pelbagai jenis dadah di Balai Polis Lumut pada Selasa lepas.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin mengesahkan penahanan tersebut dalam satu sidang media selepas majlis pelupusan barang kes dadah dan ketum di pekarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.

Menurut beliau, pemeriksaan oleh anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung kira-kira jam 8.30 pagi telah membawa kepada penemuan dadah bersama dua Orang Kena Tuduh (OKT) berusia lingkungan 40-an di dalam lokap balai berkenaan.

Rampasan Pelbagai Jenis Dadah Bernilai RM18,534

Dalam pemeriksaan tersebut, pihak polis berjaya merampas bahan disyaki dadah merangkumi:

  • Methamphetamine: 16 punjut plastik dengan anggaran berat 109.54 gram.

  • Heroin: 16 punjut plastik dengan anggaran berat 110.37 gram.

  • Kanabis: 23 punjut plastik mengandungi daun kering berbilang berat anggaran 142.31 gram.

Nilai keseluruhan rampasan bahan terlarang itu dianggarkan berjumlah RM18,534.

Anggota Polis Turut Ditahan Bagi Siasatan Lanjut

Susulan penemuan bahan terlarang di dalam kawasan lokap berkenaan, polis turut menahan seorang anggota polis berpangkat konstabel berusia lingkungan 30-an yang bertugas di balai berkenaan.

"Ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua OKT positif dadah jenis methamphetamine, manakala anggota polis terbabit didapati negatif dadah serta tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau," kata Datuk Mohd Alwi.

Kesemua suspek kini dikenakan perintah reman selama tujuh hari bermula Rabu bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

Sumber: BERNAMA

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok