MARUDI - Seorang lelaki dikhuatiri hilang ketika menjala di Sungai Ka Dadoq, Long Moh, semalam.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan mangsa Johnny Usat, 53 tahun menjalankan aktiviti berkenaan sekitar jam 3.30 petang sebelum dipercayai dihanyutkan arus sungai.
Usaha mencari yang dijalankan penduduk kampung bagaimanapun gagal menemui mangsa.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan hari ini bagi mengesan mangsa.
Sumber: Kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back