KUCHING - Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menangguhkan dua program hujung minggu ini susulan keadaan jerebu dan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.
Program Musical @ Museum Ground di Tugu Pahlawan pada 15 Ogos dan Kuching Car Free Morning di Padang Merdeka pada 16 Ogos ditangguhkan sebagai langkah berjaga-jaga demi keselamatan dan kesihatan orang ramai.
DBKU turut menasihatkan warga bandaraya mengehadkan aktiviti luar, menjaga kesihatan serta mengikuti perkembangan dan arahan pihak berkuasa berkaitan situasi jerebu.
Sumber: DBKU
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back