KUCHING - Pihak kontraktor Projek Transit Aliran Autonomi (ART) digesa supaya lebih berhati-hati serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat sebelum menjalankan sebarang kerja di tapak projek.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, kejadian paip air utama berukuran 850 milimeter di Jalan Tun Jugah, Kuching pecah berpunca daripada kecuaian kontraktor yang tidak mematuhi SOP ditetapkan.
Beliau turut menegaskan aspek penyeliaan di tapak projek perlu dipertingkatkan bagi memastikan kerja-kerja dilaksanakan mengikut prosedur dan tidak menjejaskan kemudahan asas sedia ada.
Dato Sri Julaihi berkata demikian selepas meninjau kerja-kerja baik pulih dan pengimpalan paip utama yang pecah di Jalan Tun Jugah, Kuching, malam tadi.
Sumber: FB Dato Sri Julaihi Narawi
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back