LUBOK ANTU - Kira-kira 2,500 penduduk pedalaman Ulu Skrang bakal menikmati akses darat lebih selamat dan mudah menerusi Projek Jalan Ulu Skrang, Lubok Antu (Fasa 2) bernilai RM20.51 juta.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, projek itu penting bagi memulihkan laluan yang terjejas akibat keruntuhan beberapa jambatan kayu dan pembetung.
Projek berkenaan merangkumi pembinaan dua jambatan komposit sepanjang 67 meter merentasi Sungai Mengong dan Sungai Penabun.
Beliau berkata demikian selepas meninjau tapak projek sempena XPDC 3.0 Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, semalam.
Sumber: FB DA Douglas Uggah Embas
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back