• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

12 August 2026 | 04:58 PM

Paip Utama Pecah Di Jalan Tun Jugah: Beberapa Kawasan Di Kuching Alami Gangguan Bekalan Air

KUCHING - Penduduk di beberapa kawasan utama di sekitar Kuching mengalami tekanan air rendah serta gangguan bekalan air tidak berjadual susulan insiden paip air utama pecah di Jalan Tun Jugah, petang Rabu, 12 Ogos 2026.

Menurut kenyataan media rasmi Sarawak Water, paip air utama berukuran 840 milimeter (mm) diameter berkenaan dilaporkan pecah kira-kira jam 3.00 petang akibat kerja-kerja pihak ketiga yang berkaitan dengan projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS).

Senarai Kawasan Terjejas

Insiden berkenaan dijangka menyebabkan gangguan bekalan air serta tekanan air rendah di kawasan berikut:

  • Jalan Kenyalang Park

  • Jalan Upland

  • Jalan Song

  • Jalan Ong Tiang Swee

  • Jalan Simpang Tiga

  • Jalan Seladah

  • Jalan Kenny Hill

  • Jalan Jelutong

  • Jalan Pending

  • Jalan Kwong Lee Bank

  • Jalan Ang Cheng Ho

  • Jalan Tun Razak

  • Jalan Durian Burung

  • Jalan Sekama

  • Jalan Mendu

  • Jalan Lumba Kuda serta kawasan di sekitarnya.

"Sarawak Water telah mengerahkan pasukan teknikal ke lokasi kejadian dan sedang mengasingkan jajaran paip yang terjejas bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dijalankan secara selamat dan secepat mungkin," menurut kenyataan itu.

Bekalan Air Pulih Secara Berperingkat

Sarawak Water turut memaklumkan bahawa bekalan air akan pulih secara bertahap sebaik sahaja kerja pembaikan siap sepenuhnya. Namun, kawasan yang terletak di penghujung sistem pengagihan mungkin mengambil masa lebih lama untuk menerima tekanan air yang stabil.

Di samping itu, pengguna disasarkan berpotensi mengalami situasi air keruh secara sementara sewaktu proses pemulihan tekanan air akibat pemendapan di dalam paip. Pihak Sarawak Water akan melakukan kerja-kerja pencerahan atau pembersihan (flushing) di lokasi yang diperlukan bagi menstabilkan kualiti air.

Sarawak Water memohon maaf atas kesukaran yang dihadapi oleh pengguna dan maklumat terkini perkembangan kerja pembaikan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi saluran rasmi mereka.

Sumber: Laman Facebook Rasmi Sarawak Water Sdn Bhd

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok