KUCHING - Jerebu dijangka tidak menjejaskan kelancaran Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Selangor, Kuala Lumpur dan Singapura masih tidak seteruk Sarawak.
Beliau berharap keadaan jerebu tidak bertambah buruk sepanjang temasya, selain menasihatkan atlet Sarawak mengambil langkah berjaga-jaga terutama ketika menyertai acara luar.
Dato Sri Abdul Karim berkata demikian selepas menghadiri Majlis Send-Off Kontinjen Sarawak ke SUKMA XXII Selangor 2026 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, hari ini.
Sumber: UKAS
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back