• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

12 August 2026 | 04:06 PM

Jerebu Sarawak Dipercayai Berpunca Dari Kalimantan Barat

KUCHING – Jerebu yang melanda beberapa kawasan di Sarawak ketika ini dipercayai berpunca dari Kalimantan Barat, Indonesia, sebelum dibawa tiupan angin ke negeri ini.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh berkata, keadaan itu dikenal pasti berdasarkan pemantauan kualiti udara yang dilakukan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak.

Menurutnya, NREB setakat ini belum merancang untuk melaksanakan operasi pembenihan awan, sebaliknya terus memantau perkembangan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) serta keadaan cuaca.

Bercakap ketika ditemui pemberita di Kuching hari ini, beliau berkata, pemantauan kualiti udara dilakukan setiap jam, manakala orang ramai khususnya murid sekolah dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar susulan keadaan udara yang tidak sihat.

Mengulas kemungkinan pelaksanaan pembenihan awan, Datuk Len Talif berkata keputusan itu masih bergantung kepada perkembangan bacaan IPU dan ramalan cuaca semasa.

Pada masa sama, beliau berharap hujan turun di Kalimantan Barat bagi membantu mengurangkan sumber jerebu yang menjejaskan kualiti udara di Sarawak.

Katanya, pemantauan akan diteruskan dari semasa ke semasa, manakala orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berjaga-jaga dan mengurangkan aktiviti di luar bagi mengelakkan risiko kesihatan akibat jerebu.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok