• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

12 August 2026 | 03:58 PM

Enam Sekolah Di Tebedu Ditutup Akibat Jerebu

TEBEDU - Enam sekolah di kawasan Tebedu, di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Serian, ditutup sementara selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200 akibat jerebu.

Sekolah terbabit ialah SK Sejijag, SK Sungai Sameran, SK Tepoi, SK Entubuh, SK Temong dan SK Tema.

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) dalam kenyataan hari ini menegaskan, pengetua dan guru besar boleh mengambil tindakan menutup sekolah serta-merta apabila bacaan IPU melebihi 200 tanpa perlu menunggu arahan PPD atau JPNS.

Sepanjang penutupan, PdPR diteruskan bagi memastikan pembelajaran murid tidak terjejas.

JPNS melalui PPD Serian akan terus memantau bacaan IPU dan memaklumkan perkembangan berkaitan status operasi sekolah dari semasa ke semasa.

Ibu bapa dan penjaga dinasihatkan mengikuti maklumat rasmi serta memastikan keselamatan dan kesihatan anak-anak sepanjang tempoh jerebu.

Sumber: Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok