• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

12 August 2026 | 03:56 PM

Kelewatan, Pembaziran Projek Kerajaan Adalah Isu Integriti - Abang Johari

KUCHING - Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu semua kementerian, jabatan dan agensi memastikan proses perolehan kerajaan dilaksanakan secara telus dan kompetitif, selain mengutamakan prinsip nilai untuk wang.

Beliau berkata, setiap projek pembangunan perlu dipantau secara menyeluruh, bermula daripada peringkat perancangan sehingga penyerahan, bagi memastikan kos dipatuhi, tempoh pelaksanaan ditepati serta spesifikasi dan standard kualiti ditetapkan dipenuhi.

Menurutnya, kejayaan sesuatu projek tidak seharusnya diukur berdasarkan projek itu siap dibina atau keseluruhan peruntukan telah dibelanjakan.

Sebaliknya, katanya, sesuatu projek hanya benar-benar berjaya apabila ia selamat digunakan, berkualiti, memenuhi keperluan rakyat serta memberikan manfaat yang setimpal dengan perbelanjaan awam.

Beliau turut menegaskan kelewatan yang tidak munasabah, pembaziran, mutu kerja rendah dan kecuaian dalam pemantauan merupakan isu integriti kerana kesannya akhirnya ditanggung rakyat.

Datuk Patinggi Abang Johari berkata demikian ketika berucap pada sambutan Hari Integriti Sarawak 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata agenda pembangunan Sarawak memerlukan penyelarasan dan kerjasama kukuh antara kementerian, jabatan, agensi, pihak berkuasa tempatan, badan berkanun, syarikat milik kerajaan serta sektor swasta.

Katanya, semua pihak tidak boleh bekerja secara berasingan atau meletakkan kepentingan organisasi mengatasi kepentingan negeri dan rakyat.

Jelasnya, semua pihak perlu bergerak sebagai satu pasukan dengan berkongsi matlamat sama serta bertanggungjawab terhadap hasil pembangunan yang ingin dicapai.

Beliau yakin, kesepaduan semua pihak akan membolehkan visi kerajaan diterjemahkan kepada pembangunan yang memberi perubahan dan manfaat sebenar kepada rakyat Sarawak.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok