• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

12 August 2026 | 03:52 PM

Komitmen Perkhidmatan Awam Sarawak Perkukuh Integriti

KUCHING - Perkhidmatan Awam Sarawak menegaskan komitmen untuk terus melaksanakan amanah dengan penuh integriti, profesionalisme dan rasa tanggungjawab, dalam usaha memastikan setiap keputusan dan tindakan berpaksikan kepentingan rakyat.

Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata, integriti perlu menjadi asas dalam pelaksanaan dasar, pengurusan sumber awam serta setiap projek pembangunan bagi memastikan manfaatnya dapat dinikmati rakyat secara menyeluruh.

Beliau berkata, kejayaan sesuatu dasar bukan hanya bergantung kepada perancangan yang baik, sebaliknya turut ditentukan menerusi pelaksanaan yang cekap, efisien dan berintegriti.

Menurutnya, komitmen itu turut diterjemahkan menerusi pengukuhan peranan Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO), dengan Sarawak kini mempunyai 208 pegawai yang telah dilatih oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, CeIO berperanan membantu mengenal pasti risiko, memperkukuh kawalan dalaman serta memberi pandangan profesional dalam memastikan nilai integriti diterapkan dalam amalan kerja seharian.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Hari Integriti Sarawak 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini.

Sambutan itu yang disempurnakan Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dihadiri lebih 10,000 peserta yang hadir secara fizikal mahupun secara maya.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok