KUCHING - Seramai 42 warga asing ditahan dalam Ops Sapu dan Ops Kutip di sekitar Kuching dan Kota Samarahan, awal pagi tadi.
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak menerusi hantaran di Facebook memaklumkan operasi dari jam 10 malam hingga 3 pagi itu memeriksa 45 individu di tiga lokasi, termasuk rumah kongsi dan bilik sewa.
Kesemua yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.
Operasi dijalankan hasil aduan awam serta risikan pihak imigresen.
Sumber: Facebook Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back