• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

11 August 2026 | 06:05 PM

Regatta Batang Kayan 2026 – Sasaran 30,000 Pengunjung Bakal Meriahkan Lundu

KUCHING – Regatta Batang Kayan 2026 yang bakal berlangsung dari 25 hingga 27 September depan, menyasarkan kehadiran kira-kira 30,000 pengunjung ke Daerah Lundu.

Penganjuran acara dwitahunan berprestij itu dijangka merancakkan sektor pelancongan dan aktiviti ekonomi setempat, sekali gus memberi limpahan manfaat kepada komuniti serta pemain industri di daerah berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Datu, Azizul Anuar Adenan berkata, regatta kali ini menawarkan sembilan kategori pertandingan dengan keseluruhan hadiah bernilai RM106,250.

Menurut beliau, sambutan kali ini amat menggalakkan apabila pasukan dari luar Lundu termasuk Saratok, Gedong, Sebuyau dan Kuching, telah mengesahkan penyertaan.

Katanya, penyertaan meluas itu bukan sahaja memeriahkan persaingan, malah bakal menarik lebih ramai pengunjung sepanjang tiga hari acara berlangsung.

Tarikan utama regatta pastinya tertumpu kepada perebutan gelaran Raja Sungai bagi Kategori Bidar 30 Pekayuh Lelaki yang sentiasa menjadi tumpuan ramai.

Selain acara sukan air, pelbagai aktiviti sampingan turut dianjurkan bagi memeriahkan suasana.

Antaranya termasuk pertandingan strongman, slingshot, bola tampar, memanah, motorbike gathering, serta booth pameran dan jualan.

Kemuncak kemeriahan bakal diisi dengan Konsert Rakyat yang menampilkan vokalis kumpulan Spring, Ameng, sebagai artis jemputan utama di samping barisan artis tempatan.

Kepelbagaian pengisian ini menjadikan Regatta Batang Kayan sebagai platform terbaik untuk menyatukan masyarakat, di samping mempromosikan identiti serta warisan kebudayaan Lundu.

Majlis Penangguhan Regatta Batang Kayan 2026 dijadualkan disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 27 September.

Beliau berkata demikian pada sidang media Regatta Batang Kayan 2026 di Kuching, hari ini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok