• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

10 August 2026 | 06:45 PM

Sarawak Sasar Standard Sukan Lebih Tinggi, New Zealand Jadi Penanda Aras

KUCHING – Sarawak mahu menjadikan New Zealand sebagai antara penanda aras untuk meningkatkan standard pembangunan sukan ke tahap lebih tinggi, bagi melahirkan atlet bertaraf dunia.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kejayaan New Zealand melahirkan atlet bertaraf dunia membuktikan saiz populasi bukan penghalang untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan.

Menurut beliau, perkara sama juga boleh dicapai Sarawak, sekiranya pembangunan sukan dilaksanakan secara berterusan dan menyeluruh.

Ia termasuk dari aspek penyediaan kemudahan, pembangunan atlet serta peningkatan standard latihan.

Sehubungan itu, Sarawak akan terus memperkukuh pembangunan infrastruktur sukan, bagi menyediakan kemudahan yang lebih baik kepada atlet dan generasi akan datang.

Antara kemudahan yang dirancang ialah pembinaan velodrom di Sarawak, selain usaha menaik taraf beberapa kemudahan sukan sedia ada bagi memenuhi keperluan pelbagai acara.

Katanya, kerajaan negeri turut menjadikan kemudahan sukan di negeri dan negara lain sebagai rujukan bagi memastikan pembangunan infrastruktur sukan Sarawak mencapai standard yang lebih tinggi.

Pada masa sama, beliau menegaskan pembangunan atlet tidak boleh bergantung kepada kemudahan semata-mata, sebaliknya memerlukan semangat, disiplin dan komitmen tinggi daripada setiap atlet.

Beliau berkata, aspek tersebut penting bagi memastikan atlet Sarawak bukan sahaja mampu bersaing di peringkat kebangsaan, malah berpotensi mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penyerahan Bendera Ibu Pertiwi kepada kontinjen Sarawak ke temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-22 dan Para SUKMA Selangor 2026 di Kuching, hari ini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok