PADAWAN - Seorang lelaki warga emas berusia 71 tahun yang dilaporkan hilang di kawasan hutan berhampiran Kampung Emperoh Jambu, Jalan Jambu-Bayur, ditemui selamat pagi tadi.
Mangsa, Jujoh Jimor, ditemui keluar sendiri dari kawasan hutan kira-kira jam 6.50 pagi, hanya 50 meter dari belakang rumahnya.
Mangsa kemudian dibawa ke klinik berhampiran untuk pemeriksaan kesihatan.
Sumber: Kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back