• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

10 August 2026 | 05:46 PM

Sarawak Sasar Pelancongan Perubatan Asia, Indonesia Pasaran Utama

KUCHING - Sarawak terus memperkukuh kedudukannya sebagai hab pelancongan perubatan serantau, dengan Indonesia dikenal pasti antara pasaran utama yang berpotensi diterokai dalam tempoh lima tahun akan datang.

Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kerajaan negeri merekodkan kira-kira 100,000 pelawat yang mendapatkan rawatan perubatan di negeri ini pada 2025.

Dengan kemasukan lebih banyak hospital swasta termasuk Hospital Pakar Regency Kuching, katanya, Sarawak dilihat mempunyai kelebihan untuk menarik lebih ramai pesakit dari rantau Asia.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu kemudahan hospital bertaraf tinggi, peralatan perubatan moden, teknologi robotik dan kepakaran profesional menjadi antara faktor utama yang mampu merancakkan sektor berkenaan.

Indonesia yang mempunyai hampir 300 juta penduduk turut dilihat sebagai pasaran strategik, terutama mengambil kira hubungan geografi yang dekat dengan Sarawak.

Menurut beliau, pertambahan hospital swasta juga memberi manfaat kepada rakyat Sarawak, khususnya mereka yang berkemampuan mendapatkan rawatan tanpa perlu ke luar negara.

Dengan adanya fasiliti bertaraf antarabangsa di Kuching, ujarnya, kos rawatan dan perjalanan ke destinasi seperti Singapura dapat dikurangkan.

Dalam masa sama, Datuk Patinggi Abang Johari berkata pertumbuhan sektor kesihatan swasta dijangka membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak Sarawak, khususnya dalam bidang kejururawatan, perubatan dan profesion kesihatan lain.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Hospital Pakar Regency Kuching hari ini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok