• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

10 August 2026 | 05:44 PM

Hadkan Aktiviti Luar Jika IPU Cecah Tahap Tidak Sihat

KUCHING - Orang ramai di Sarawak dinasihatkan mengehadkan aktiviti luar sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai tahap tidak sihat susulan keadaan jerebu yang melanda negeri ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, orang ramai juga perlu memastikan pengambilan air mencukupi dan kekal terhidrat.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Kuching hari ini.

Menurutnya, individu yang mempunyai masalah pernafasan seperti asma perlu lebih berhati-hati dan tidak menunggu sehingga bacaan IPU mencapai tahap tertentu sebelum mengurangkan aktiviti luar.

Beliau memberitahu tindakan berkaitan aktiviti luar dan persekolahan akan dibuat mengikut tahap bacaan IPU serta nasihat pihak berkuasa.

Ujarnya, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan sri Abang Johari Tun Openg telah meminta Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas melihat isu jerebu dari sudut pengurusan bencana, termasuk penyelarasan bersama agensi berkaitan.

Datuk Amar Dr Sim menegaskan, orang ramai perlu mematuhi nasihat dan arahan yang dikeluarkan bagi melindungi kesihatan masing-masing.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok