KUCHING - Sarawak tiada masalah sekiranya Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang dipertandingkan dengan 82 atau 99 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, jumlah kerusi berkenaan bukan menjadi isu bagi Sarawak.
Menurutnya, PRN Sarawak juga tidak semestinya menggunakan kesemua 99 kerusi DUN, mengambil kira tempoh yang singkat bagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melengkapkan proses berkaitan.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta SPR menyediakan laporan terkini berhubung cadangan persempadanan semula bagi menambah jumlah kerusi DUN Sarawak.
Dalam pada itu, Datuk Patinggi Abang Johari masih mengunci mulut mengenai tarikh PRN Sarawak.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back