KUCHING - Kumpulan HMI Medical yakin mampu memainkan peranan penting dalam menyokong pembangunan sektor kesihatan serta pelancongan perubatan di Sarawak menerusi pembangunan Hospital Pakar Regency Kuching.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan HMI Medical, Chin Wei Jia berkata, pihaknya berbesar hati diberi peluang bekerjasama dengan Sarawak dalam membangunkan hospital pintar bertaraf antarabangsa.
Menurutnya, perkembangan pesat Sarawak sejak beberapa tahun kebelakangan ini memberi keyakinan kepada HMI Medical untuk menyumbang kepada kesihatan dan kesejahteraan masyarakat tempatan, termasuk golongan pelabur di negeri ini.
Beliau berkata demikian pada sidang media pada Majlis Pecah Tanah Hospital Pakar Regency Kuching, hari ini.
Chin berkata, pengalaman selama 28 tahun mengendalikan hospital sedia ada menjadi kelebihan HMI Medical dalam membangunkan hospital pakar yang komprehensif.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back