• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

10 August 2026 | 05:32 PM

Hospital Pakar Regency Kukuhkan Sektor Kesihatan Sarawak

KUCHING - Kerajaan Sarawak menyambut baik keyakinan kumpulan HMI untuk melabur dalam pembangunan Hospital Pakar Regency Kuching di North Bank.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata hospital berkapasiti 300 katil itu bakal menawarkan pelbagai rawatan termasuk rawatan kanser, sekali gus meningkatkan standard penjagaan kesihatan di Sarawak.

Katanya, hospital berkenaan berpotensi menarik pesakit bukan sahaja dari Sarawak dan Malaysia, malah dari seluruh Borneo, negara ASEAN serta pasaran antarabangsa.

Menurutnya, kedudukan hospital yang berhampiran rangkaian ART turut memudahkan akses pesakit, manakala kemudahan penginapan dan pemulihan di beberapa lokasi sekitar Sarawak boleh menjadi nilai tambah kepada pelancongan kesihatan.

Datuk Patinggi Abang Johari turut menghargai usaha Kumpulan HMI dalam pembangunan modal insan melalui kerjasama dengan universiti dan program latihan tenaga profesional kesihatan.

Tegasnya, kerajaan negeri akan terus memperkukuh infrastruktur dan jaringan perhubungan bagi menyokong perkembangan sektor kesihatan serta menjadikan Sarawak sebagai destinasi rawatan bertaraf tinggi.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Hospital Pakar Regency Kuching, hari ini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok