• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

10 August 2026 | 05:30 PM

Lebih 1,000 Peluang Pekerjaan Ditawarkan Di Hospital Pakar Regency Kuching

KUCHING – Lebih 1,000 peluang pekerjaan dijangka diwujudkan menerusi pembangunan Hospital Pakar Regency Kuching di Northbank, sekali gus membuka ruang kerjaya baharu dalam sektor kesihatan dan perkhidmatan sokongan di Sarawak.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan HMI Medical, Chin Wei Jia berkata, peluang pekerjaan itu merangkumi pelbagai bidang termasuk perubatan, kejururawatan, kesihatan bersekutu, pengurusan hospital, teknikal serta perkhidmatan sokongan.

Berucap pada majlis pecah tanah Hospital Pakar Regency Kuching hari ini, beliau berkata hospital berkenaan yang bakal menjadi hospital pertama HMI Medical di Sarawak dibangunkan dengan kapasiti 300 katil, dengan pelaburan lebih RM400 juta bagi fasa pertama pembangunan.

Menurut Chin, pembangunan hospital itu mengambil kira pertumbuhan ekonomi dan penduduk Sarawak serta peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan kesihatan berkualiti tinggi.

Katanya, Hospital Pakar Regency Kuching direka sebagai hospital pintar generasi baharu yang menggabungkan teknologi perubatan canggih, sistem digital bersepadu dan aliran kerja klinikal pintar.

Kemudahan yang dirancang termasuk pusat kanser komprehensif, wad pintar, dewan bedah berteknologi tinggi serta kemudahan rawatan, diagnostik dan rawatan rapi bagi menyokong perkhidmatan kepakaran pelbagai disiplin.

Chin menambah hospital itu akan dibangunkan dalam dua fasa, dengan kapasiti serta pusat kecemerlangan tertentu akan terus diperkukuh pada fasa seterusnya mengikut keperluan pesakit.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok