• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

10 August 2026 | 04:11 PM

Mukah Jadi Lokasi Ketujuh Program Sarawakku Sayang 2026 Bermula 28 Hingga 30 Ogos

MUKAH - Mukah telah dipilih sebagai lokasi ketujuh bagi penganjuran Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 yang dijadualkan berlangsung selama tiga hari bermula 28 hingga 30 Ogos ini.

Persediaan bagi memastikan kelancaran program berkenaan kini sedang dipergiatkan secara aktif oleh pelbagai agensi kerajaan yang terlibat.

Bagi memastikan kelancaran persediaan, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi), Datu Hii Chang Kee telah mengadakan lawatan tinjauan tapak di Dataran Pehin Setia Raja.

Lawatan tersebut bertujuan bagi memastikan kesediaan lokasi dari segi infrastruktur, kemudahan awam serta logistik agar menepati garis masa yang telah ditetapkan.

Tinjauan berkenaan turut merangkumi penilaian terhadap susun atur ruang pameran, laluan pergerakan pengunjung, serta kesiapsiagaan tempat bagi menyambut keberangkatan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sesi tinjauan di tapak program turut disertai oleh kepimpinan daerah dan jabatan teknikal, antaranya Residen Bahagian Mukah Rahman Bujang Seli, Pegawai Daerah Mukah Peleadzman Ahip, Jurutera Bahagian JKR Mukah Ts Awang Dasuki Awang Dol, Pegawai Menguasa MYSED Bahagian Mukah Rasidah Rasit, Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias serta Setiausaha Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM) Bilong Engkas.

Penglibatan pelbagai pihak terutamanya Pejabat Pentadbiran Bahagian Mukah, Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (MYSED) serta PDRM membuktikan komitmen tinggi bagi memastikan penganjuran SKS 2026 di Mukah berjalan lancar.

Sumber: Laman Facebook Rasmi Unit Komunikasi Awam Sarawak (10 Ogos 2026)

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok