• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

10 August 2026 | 03:24 PM

IPU Tidak Sihat Di Samarahan, Kejohanan Olahraga MSS Sarawak Kali Ke-53 Ditangguhkan

SAMARAHAN - Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah (MSS) Sarawak Kali Ke-53 Tahun 2026 yang dijadualkan bermula hari ini di Stadium Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) ditangguhkan.

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) menerusi satu kenyataan rasmi memaklumkan, keputusan penangguhan kejohanan yang sepatutnya berlangsung dari 10 hingga 14 Ogos 2026 itu dibuat berikutan situasi cuaca semasa yang tidak mengizinkan.

Menurut JPNS, fenomena cuaca panas yang melanda negara ketika ini telah menyebabkan beberapa lokasi di Sarawak merekodkan peningkatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU), khususnya di daerah Samarahan yang kini berada pada paras tidak sihat.

"Susulan daripada bacaan IPU pada paras tidak sihat di daerah Samarahan, adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Sarawak Kali Ke-53 Tahun 2026 ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan diumumkan kelak," jelas JPNS.

Pihak JPNS menegaskan bahawa langkah penangguhan tersebut dibuat atas dasar keutamaan terhadap kebajikan, kesihatan serta keselamatan seluruh atlet, pegawai dan warga pendidikan yang terlibat sepanjang kejohanan.

Tarikh baharu bagi penganjuran kejohanan berkenaan akan dimaklumkan kelak selepas kualiti udara kembali pulih dan selamat.

Sumber: Laman Facebook Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok