• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

10 August 2026 | 03:13 PM

JPNS Keluarkan Peringatan Langkah Pencegahan Cuaca Panas Dan Jerebu Kepada Sekolah Di Sarawak

KUCHING - Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) telah mengeluarkan peringatan mesra kepada semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan institusi pendidikan di bawah seliaannya agar mengutamakan kebajikan, kesihatan serta keselamatan murid semasa menghadapi keadaan cuaca panas dan jerebu.

Langkah tersebut diambil susulan fenomena cuaca panas yang sedang melanda negara sehingga menyebabkan beberapa lokasi di Sarawak mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat.

Bagi membendung risiko kesihatan dalam kalangan warga sekolah, JPNS gariskan beberapa langkah pencegahan asas yang perlu dipatuhi oleh pihak pentadbiran sekolah:

  • Henti Aktiviti Luar Kelas: Semua aktiviti luar bilik darjah yang melibatkan murid hendaklah dihentikan serta-merta di kawasan yang mencatatkan bacaan IPU melebihi 100.

  • Tangguh Aktiviti Cuaca Terik: Menangguhkan atau memantau sebarang aktiviti luar yang mendedahkan murid kepada bahaya cuaca terik.

  • Bekalan Air Cukup: Memastikan bekalan air minuman bersih mencukupi, menggalakkan murid membawa air sendiri, serta membekalkan air kepada murid asrama sekiranya dalam keadaan kritikal.

  • Pemakaian Pelitup Muka: Menasihatkan murid memakai penutup hidung (nasal mask) dan kerap minum air bagi membantu mengawal suhu badan.

JPNS turut mengingatkan pihak sekolah agar sentiasa berwaspada dan menjalinkan kerjasama rapat dengan klinik atau hospital berdekatan sekiranya berlaku sebarang komplikasi kesihatan ke atas murid.

"Semua institusi pendidikan bawah seliaan JPNS dinasihati agar sentiasa mengikuti garis panduan seperti Surat Siaran KPM Bilangan 3 Tahun 2023 dan Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Luar Institusi Pendidikan Semasa Cuaca Panas bertarikh 6 Jun 2023, di samping peka terhadap arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)," menurut kenyataan tersebut.

Sumber: Laman Facebook Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok