KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sedang menjalani pemeriksaan serta prosedur perubatan yang ditetapkan oleh pasukan pakar.
Berita berkenaan disahkan oleh Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah menerusi satu kenyataan rasmi hari ini.
Menurut Tunku Nashrul, Perdana Menteri dijangka berada di bawah pemantauan rapi pihak perubatan sepanjang tempoh dua hari berkenaan.
“Marilah kita mendoakan agar segala urusan pemeriksaan serta prosedur Perdana Menteri dipermudahkan dan dikurniakan keafiatan yang berpanjangan agar dapat kembali menjalankan tugas seperti biasa dalam masa terdekat, insya-Allah,” katanya dalam kenyataan itu.
Pemantauan berkenaan dilaksanakan bagi memastikan kesihatan beliau berada pada tahap optimum sebelum kembali melaksanakan tugasan rasmi pentadbiran negara.
Sumber: BERNAMA
Back