KUCHING - Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing menggesa sistem saringan dan keselamatan kru penerbangan dikaji semula susulan penahanan seorang pembantu juruterbang di Indonesia atas dakwaan pengedaran dadah.
Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata, pemeriksaan lebih ketat terhadap juruterbang dan kru kabin sebelum bertugas perlu dilaksanakan bagi menutup kelompangan keselamatan serta memelihara keyakinan penumpang terhadap industri penerbangan Malaysia.
Gesaan itu turut membabitkan kerjasama syarikat penerbangan, pihak berkuasa kawal selia dan polis bahagian narkotik.
Sumber: Fb Dato Seri Tiong King Sing
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back