KUALA LUMPUR - Sambutan Hari Malaysia 2026 dipersetujui diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), Sarawak.
Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat pertama persiapan sambutan pada Isnin lepas bersama Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah selaku Pengerusi Bersama sambutan Hari Malaysia tahun ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Ekspresi Jalur Gemilang JAPEN@PETRONAS di Kuala Lumpur hari ini.
Fahmi berkata perancangan sambutan Hari Malaysia berjalan lancar, dengan mesyuarat seterusnya dijadualkan pada 24 Ogos ini bagi memperincikan persiapan sambutan berkenaan.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back