SRI AMAN - Empat individu cedera selepas sebuah kereta jenis Toyota Vios terbabit dalam kemalangan kendiri di Pungguk Tapang sebelum Bukit Bangunan, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita.
Anggota Bomba yang tiba bertindak mengeluarkan salah seorang mangsa dari kenderaan itu manakala tiga yang lain berjaya keluar sendiri.
Sumber: Kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back