KUCHING - Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad, tiba di Kuching hari ini bagi meneruskan lawatan kerja rasmi di Sarawak.
Ketibaan beliau bersama rombongan disambut Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Henry Harry Jinep.
Beliau kemudian ke Serikin bagi meninjau Tapak Pembinaan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Serikin.
Sepanjang lawatan hingga Selasa, 11 Ogos, beliau dijadual menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negeri (JKKN) Perak, mengikuti taklimat di Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sarawak serta mengunjungi Muzium Budaya Borneo.
Sumber: Jabatan Penerangan Sarawak
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back